Puting beliung Moore 2013

Puting beliung Moore 2013 merupakan puting beliung yang menyebabkan kematian berlaku pada waktu tengahari pada tanggal 20 Mei 2013. Puting beliau ini diklasifikasikan sebagai puting beliung jenis EF5, dengan kelajuan angin puncak dianggarkan 210 miles per hour (340 km/h), memberi kesan buruk dan memusnahkan Moore, Oklahoma, dan kawasan sekeliling. Ia membunuh sekurang-kurangnya 24 orang, termasuk 9 orang kanak-kanak, dan setakat ini dianggarkan lebih dari 240 mangsa tercedera. Mary Fallin, Penguasa Oklahoma, berkata serangan puting beliung yang terjadi pada 21 Mei telah menyebabkan 237 orang tercedera secara rasmi.[1]Putig beliung tersebut diyakini sebahagian dari siri serangan puting beliung dari 18-21 Mei yang membawa kepada kemunculan beberapa puting beliung sejak 2 hari sebelumnya. Munurut saksi kaki kon puting beliung menyentuh bumi pada jam 2:45 p.m. CDT (1945 UTC) dibahagian barat Newcastle, berputar dan berlegar diatas permukaan tanah lebih kurang 50 minit, berlari pada jarak laluan 17-batu (27 km), merentasi penempatan padat penduduk di daerah Moore. Luas lebar puting beliung adalah 1.3 batu (2.1 km) ketika waktu puncaknya.

Rujukan

WikiPedia: Puting beliung Moore 2013 http://www.cityofmoore.com/sites/default/files/mai... http://www.nytimes.com/interactive/2013/05/20/us/o... http://www.nytimes.com/interactive/2013/05/20/us/o... http://live.reuters.com/Event/Oklahoma_Tornado http://www.thedailybeast.com/cheats/2013/05/20/mas... http://www.usatoday.com/story/weather/2013/05/20/t... http://www.usatoday.com/story/weather/2013/05/21/o... http://www.nws.noaa.gov/view/validProds.php?prod=T... http://www.srh.noaa.gov/oun/?n=tornadodata-city-mo... http://www.okladot.state.ok.us/maps/state/2013/map...